Gwiyomi - Trend Comel Selepas Tarian Psy
Dipopularkan di Korea Selatan, trend internet "Gwiyomi" kini semakin hangat di seluruh dunia selepas lagu pop "Gangnam Style" yang melanda dunia pada tahun lepas.
“Gwiyomi” or “Kiyomi” ialah slang yang digunakan kepada orang yang comel. Tidak seperti "Gangnam Style", Gwiyomi tidak mempunyai sebarang video rasmi.
Lagu Gwiyomi atau "Cutie Song" ialah trak digital yang dihasilkan oleh penyanyi indie Korea Selatan pada 18 Februari 2013.
Berdasarkan meme Internet yang dikenali “Gwiyomi player” yang pertama kalinya dipaparan pada Oktober 2012 oleh rancangan variasi Korea Selatan bertajuk "BToB MTV DiaryMany", lagu tersebut menjadi viral selepas ahli BtoB, Jung Il Hoon membuat interpretasinya sendiri terhadap lagu tersebut.
Beberapa hari selepas pengeluaran digitalnya, Jung Il Hoon dan label muziknya, Cube Entertainment, mengupload beberapa versi berlainan lagu tersebut ke beberapa platform perkongsian video terkenal, termasuk YouTube, yang meningkatkan rating dan populariti lagu itu secara serta-merta.
Bagi mereka yang ingin meneliti trend kegilaan baru ini, tetapi tidak dapat mengikut gerakan di dalam video "Gwiyomi" bolehlah merujuk infografik di bawah.
0 komen dari pembaca: