Realisasi 2 Paparan Aplikasi Serentak Dalam Galaxy Note 10”
Trend penggunaan tablet dan telefon mudah alih boleh dikatakan telah diperkenalkan meluas oleh Samsung. Pengeluar telefon itu kini muncul memperkenalkan Samsung Galaxy Note dalam versi lebih besar dengan skrin sentuh seluas 10.1 inci dengan resolusi 800x1280 piksel dan lebih istimewa lagi, dua aplikasi boleh dijalankan serentak di skrin tablet ini.
Penulis begitu kagum melihat perkembangan pengeluar telefon ini yang tidak takut untuk bereksperimen dengan peralihan jenama Galaxy Note iaitu daripada sebuah gadget telefon pintar kepada sebuah tablet mudah alih berkeupayaan tinggi. Peralihan ini juga merupakan satu pengenalan baru dalam senarai modelnya kerana Galaxy Note dilengkapi dengan pen digital disamping keupayaan untuk memapar dan menjalankan dua aplikasi (sebelah-menyebelah melalui pembahagian skrin) yang memudahkan pengguna melakukan dua tugasan serentak.
Keupayaannya untuk memapar dan menjalankan dua aplikasi serentak ini disokong oleh pemproses Quad Core 1.4 GHz, Cip Exynos 4412 dan RAM 2Gb. Maka tidak hairanlah jika anda mampu menonton video serentak dengan mengambil nota mahupun melayari laman web dalam masa yang sama.
Tablet ini juga dilengkapi dengan kamera dengan keupayaan kualiti gambar 5MP dan dijanakan oleh Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).
Pada permulaan, Samsung Galaxy Note 10.1 ini akan dijual di pasaran Amerika Syarikat (versi Wifi) dengan kapasiti 16Gb. Harga pasaran yang dijangkakan untuk tablet ini untuk versi 16Gb ialah RM 1,599 dan versi 32Gb, dijual pada harga RM1, 715.
Alang-alang menggunakan Samsung Galaxy Note, bagi mereka yang inginkan paparan lebih besar dan keupayaan yang lebih, pastinya tablet ini menjadi pilihan di hati.
Spesifikasi Penuh Galaxy Note 10.1
Ciri Umum
Sistem Operasi: Android
Versi Sistem Os: 4.0
Saiz dan Berat
Tinggi:7.1 Inci
Lebar: 10.3 Inci
Ketebalan: 0.35 Inci
Berat: 1.3 Paun
Paparan
Saiz Paparan: 10.1 Inci
Resolusi: 1280 x 800 piksel
Jenis Paparan: TFT
Pen Input: Ada
Kecerahan sedia ada: 199 cd/m2
Kecerahan maksimum: 405 cd/m2
Komponen
Kelajuan Pemproses: 1.4 GHz
RAM: 2 GB
GPS: Ada
Port
Storan boleh Tambah: MicroSD
Multimedia
Kamera hadapan: Ada
Resolusi Kamera hadapan: 1.9 Megapiksel
Kamera dibelakang: Ada
Resolusi Kamera dibelakang: 5 Megapiksel
Keupayaan Flash: Ada
Keupayaan dan Sambungan Wireless
Capaian: Bluetooth, Wi-Fi
0 komen dari pembaca: