Amaran Gurauan 4Chan Mengenai Xbox One
Microsoft telah mengeluarkan satu amaran berkenaan dengan gurauan yang dimulakan di 4Chan. Gurauan tersebut tanpa disangka dipercayai oleh pemilik Xbox One bahawa konsol tersebut boleh memainkan permainan Xbox 360 melalui beberapa kaedah termasuklah dengan menekan beberapa set siri butang, menu dan pengubahan maklumat yang kononnya digunakan oleh pembangun konsol untuk mencuba permainan Xbox 360 ke dalam konsol Xbox One.
Terlalu naif atau sifat ingin tahu pembaca menyebabkan kebanyakkan daripada mereka merosakkan sistem konsol yang dinyatakan oleh Microsoft menyebabkan ia tidak mampu untuk dipulihkan semula.
Larry Hryb, Pengarah Pengaturcaraan Microsoft Live Network telah mengeluarkan amaran melalui twit beliau:
Pada masa ini, mesej palsu berunsurkan gurauan di 4Chan berkenaan telah dipadam.
Pelayar Maxthon Cloud untuk Platform Windows
Maxthon merupakan salah satu pelayar alternatif antara platform (Cross platform browser) yang mungkin anda pernah gunakan di desktop, telefon atau tablet anda. Kini, pelayar ini mempunyai sebanyak 120 juta pengguna yang rata-ratanya menggunakannya di platform desktop iaitu sebanyak 60% dan selebihnya pada peranti mudah alih.
Pelayar berasaskan cloud baharu daripada Maxthon ini mempunyai beberapa ciri yang unik dan secara jujur saya katakan stabil dan pantas berbanding pelayar Firefox dan Chrome.
Pelayar cloud Maxthon ini mempunyai ciri-ciri seperti sokongan meluas HTML5, sokongan WebGL dan pemecut GPU untuk peningkatan pemprosesan grafik dan imej, pengurangan jejak penggunaan memori dan CPU, peningkatan promosi aplikasi-mobile, penggurangan penggunaan RAM serta polisi pihak ketiga yang melindungi privasi pengguna.
Adakah pelayar ini berbaloi untuk anda? Maxthon menekankan bahawa pelayar Windows mereka ini lebih 10% lebih pantas daripada Chrome 30. Tambahan lagi, ia juga menyokong fungsi privasi ‘do not track’ kepada pengguna tanpa memuat turun plug-in terlebih dahulu. Pelayar Maxthon ini juga memisahkan cookies daripada halaman sub-tetingkap, justeru itu cookie disimpan di lokasi lain. Ini bermakna pengguna boleh menikmati ciri ‘personalization’ pada laman web yang dilayari tanpa risau akan isu privasi berkenaan penggunaan cookie pada halaman.
Fungsi menarik ini turut mengurangkan penggunaan bandwith yang semestinya satu perkara yang penting kepada mereka yang terikat kepada kuota penggunaan internet.
Muat turun multithreaded pula membolehkan kelajuan muat turun anda dipercepatkan sehingga lima kali lebih laju, bermakna muat turun fail anda akan dibuat melalui lima sambungan yang berbeza pada masa yang sama.
Walaupun pelayar ini laju dan stabil, namun saya dapati sesetengah elemen seperti penggunaan javascript dan kod lain di dalam sesetengah halaman seperti tidak dimuatkan ke dalam pemproses pelayar. Ini mungkin membantutkan kepuasan anda sekiranya anda seorang yang gemar melihat halaman dengan efek khas.
Muat Turun: Pelayar Maxthon Cloud, Muat Turun dari Filehippo
Facebook Membangunkan Butang ‘Sympathise’
Selepas memperkenalkan ciri emosi pada pos status di laman sosial kegemaran dunia, Facebook kini bakal memperkenalkan lagi butang ‘Sympathise’ yang akan muncul menggantikan butang ‘Like’ sedia ada apabila pengguna menggunakan emosi negatif pada status mereka.
Jurutera Facebook berkata pada satu majlis syarikat itu bahawa butang tersebut telah dibangunkan sebagai projek dalaman syarikat tersebut. Namun demikian, butang tersebut tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Year In Review: Huraian Aktiviti Bersejarah Anda Pada Tahun 2013
Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya dan laman sosial Facebook telah mengadakan semula ciri Year In Review, paparan 20 status atau aktiviti dengan saat dan interaksi paling tertinggi anda sepanjang tahun ini. Ciri ini telah pun diadakan pada tahun 2012 dan kini diadakan semula bersempena dengan ambang ketibaan tahun 2014.
Anda boleh mengakses halaman khas ini melalui timeline anda dan sejurus selepas anda mengaktifkannya, anda akan dipaparkan dengan 20 interaksi atau saat paling mendapat sambutan bagi status anda.
Selain daripada itu, anda juga melihat trend terhangat bagi sepanjang tahun 2013 ini melalui halaman Facebook Stories yang memaparkan semua isu dan perkongsian yang popular sepanjang tahun.
Layari: Halaman Year In Review, Facebook Stories
US dan UK Mengintip Permainan Video ‘World of Warcraft
New York Times, the Guardian dan ProPublica telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai aktiviti pengintipan permainan online seperti World of Warcraft yang diperolehi daripada Edward Snowden, pendedah rahsia risikan kerajaan Amerika.
Akhbar tersebut telah melaporkan bahawa kerajaan US dan UK telah melaksanakan operasi mengintip permainan online selama beberapa tahun untuk memantau aktiviti keganasan. Dalam pendedahan tersebut, permainan dunia virtual seperti Second Life turut diintip oleh organisasi pengintipan negara tersebut.
Dalam dokumen yang dibocorkan dan diterbitkan oleh New York Times juga mendedahkan bahawa organisasi pengintipan tersebut percaya bahawa permainan video boleh digunakan sebagai medium untuk melatih atau melaksanakan latihan senjata.
Menurut the Guardian, Pihak pengintipan Amerika, NSA berkata ia telah mengekstrak maklumat akaun World of Warcraft dan cuba untuk menghubung-kaitkannya dengan rangkaian keganasan ekstrim islam dan perdagangan senjata.
Jurucakap syarikat Blizzard Entertainment, pemilik permainan World of Warcraft memaklumkan kepada the Guardian bahawa mereka sama sekali tidak menyedari aktiviti pengintipan telah dilakukan ke atas permainan mereka.
Sumber: ProPublica, the Guardian, New York Times
NTLDR is Missing.
- Komputer "booting" dari sumber non-bootable.
- Hard disk drive Komputer tidak diset dengan betul di BIOS.
- Fail NTLDR dan/atau NTDETECT.COM corrupt / rosak.
- Konfigurasi salah dalam fail bernama boot.ini.
- Hard disk drive baru sedang ditambah atau dengan kesilapan sistem menambah external drive.
- Boot Sector / Master Boot Record corrupt / rosak.
- Operasi Sistem (OS) Versi Windows 2000 atau Windows XP rosak.
- Kerosakan atau kegagalan fungsi kabel IDE/EIDE hard disk drive.
- Kegagalan membenarkan fungsi sokongan USB keyboard pada BIOS.
- Masalah ini sering berlaku disebabkan oleh komputer cuba untuk boot dari sumber non-bootable seperti CD/DVD-ROM atau media storan seperti Flash Memory Card SD dan alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, iphone, ipod, kamera dan lain-lain.
- Periksa komputer anda, adakah anda lupa untuk mengeluarkan media storan yang dinyatakan di atas? Keluarkan sebarang media atau 'disconnect' media storan atau alat elektronik dan restart kembali windows anda dan windows anda akan berfungsi seperti sedia kala.
- Pastikan Hard disk drive komputer anda diset dengan betul di BIOS / CMOS setup. Setting yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah ini. Sekiranya anda tidak pakar, sila berhubung dengan pengedar komputer anda untuk bantuan kerana setting BIOS / CMOS adalah berlainan mengikut jenama yang anda gunakan.
- Masukkan CD Windows XP ke dalam komputer
- Apabila arahan "press any key to boot from the CD" tekan mana-mana kekunci di keyboard anda.
- Apabila di setup menu Windows XP, tekan kekunci "R" untuk memulihkan sistem / Repair Windows.
- Log masuk ke Windows installation dengan menekan kekunci "1" dan tekan "ENTER".
- Anda akan diminta untuk memasukkan administrator password, dan masukkan password (sekiranya ada)
- Copy kedua-dua fail dibawah dari CD-ROM y ke C:\
- Setelah kedua-dua fail berjaya di 'copy', keluarkan CD dan reboot. Komputer anda akan pulih seperti sedia kala.
- Edit fail bernama boot.ini pada direktori hard disk dan pastikan ia memuat masuk Operasi Sistem (OS) anda.
- Sekiranya anda cuba untuk menambah hard disk drive baru ke dalam komputer, pastikan drive tersebut kosong dan masalah akan berlaku apabila Windows telahpun meng-install hard disk drive tersebut.
- Sekiranya anda tidak pasti drive baru tersebut kosong atau tidak, format hard disk drive tersebut dan restart.
- Adalah berkemungkinan besar hard disk drive anda mempunyai boot sector atau master boot record yang corrupt atau rosak.
- Masalah ini boleh dibaiki dengan menggunakan Microsoft Windows Recovery console dengan mengaktifkan arahan fixboot dan fixmbr.
- Masalah ini tidak dapat dielakkan dan anda perlu memformat windows anda kembali.
- Anda boleh memulihkan masalah ini dengan memastikan kable IDE/EIDE anda disambung dengan baik.
- Cabut kabel dan sambungkan kembali kabel tersebut. Sekiranya masalah masih timbul walaupun anda telah format komputer anda, gantikan kabel IDE/EIDE. Ini berkemungkinan kegagalan kabel tersebut untuk berfungsi
Rekaan Semula Set Filem menggunakan LEGO
Castle Black – Game of Thrones (TV).